Cetak

Pengisian Modul Penilaian Kursus

Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PTM UniSZA telah membuka modul Penilaian Kursus & Pengajaran untuk para pensyarah/tutor/felo/pengajar yang terlibat dengan pengajaran program Diploma FPSK dan Diploma Kohort Lama Sem.2 Sesi 2013/2014 bagi memilih pelajar membuat penilaian berkenaan dari 9 Mac – 27 Mac 2014.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat mengakses modul PENILAIAN KURSUS DAN PENGAJARAN (P&P) tersebut melalui :

Login Portal Staf < MENU UTAMA < MODUL AKADEMIK < click PENILAIAN KURSUS DAN PENGAJARAN < click KURSUS MENGAJAR & URUS PELAJAR < Pilih Kursus click SIMPAN < Urus Pelajar (pilih pelajar yang ikut kursus seperti kaedah pilih pelajar untuk isi markah) < tekan butang SIMPAN/HANTAR

Kami juga memohon supaya tuan/puan dapat memaklumkan para pelajar masing-masing yang telah dipilih agar membuat penilaian tersebut melalui portal pelajar bermula dari 09 Mac – 03 April 2014.

Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum

Penolong Pendaftar

Bahagian Pengurusan Akademik

UniSZA Kampus Gong Badak